Lawatan Kerja KPT Dan UKAS Ke Projek Pembangunan Hospital Universiti Malaysia Sabah

Lawatan Kerja KPT Dan UKAS Ke Projek Pembangunan Hospital Universiti Malaysia Sabah

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited memperkukuh infrastruktur kesihatan akademik negara melalui projek pembangunan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), yang bakal menjadi antara pusat rawatan dan latihan perubatan utama di Sabah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md Amir telah mengetuai delegasi kementerian dalam lawatan kerja ke tapak projek tersebut, bersama-sama Setiausaha Bahagian Pembangunan KPT, Tuan Haji Ghazali Hizam serta pegawai-pegawai kanan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) UKAS, Tuan Haji Suliman Abd Rahman.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Prof. Dr. Kasim Mansor dan Pengarah Hospital Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Malehah Datuk Mohd Noh Dalimin bersama barisan kepimpinan universiti.

Delegasi telah diberi taklimat terperinci oleh pihak syarikat konsesi berkenaan perkembangan semasa projek berkenaan.

Projek pembangunan HUMS dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025 dan dijadualkan mula beroperasi pada Januari 2026, menandakan satu lagi langkah penting KPT dalam menyediakan fasiliti kesihatan bertaraf tinggi untuk tujuan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan perubatan kepada masyarakat Sabah dan sekitarnya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 382
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 19 Jun 2025, 09:32:23.

logo-sirim