Lawatan Kerja YBM ke Kampus Satelit Kolej Komuniti@Parit Sulong

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Kampus Satelit Kolej Komuniti@Parit Sulong di Taman Industri D’Cabin Medan Niaga Seri Sulong, Parit Sulong hari ini.

Kampus Satelit Kolej Komuniti@Parit Sulong merupakan satu inisiatif Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menyediakan latihan semula kemahiran (reskilling) dan meningkatkan kemahiran (upskilling) secara berterusan kepada komuniti Parit Sulong bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan masakini dan masa hadapan.

Pelbagai kursus pendek ditawarkan antaranya dalam bidang Perniagaan dan Keusahawanan, Jahitan dan Pakaian, Komputer dan Teknologi Maklumat serta Katering dan Sajian. Sasaran peserta kursus-kursus pendek ini adalah komuniti setempat dari kumpulan isi rumah B40, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan golongan belia.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Haniff bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng, YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT dan YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7158
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.