Lawatan Rasmi YBTM ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim hari ini. YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim hari ini. Kunjungan YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Md. Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI serta pihak pengurusan tertinggi universiti.

Sempena kunjungan ini, YB Timbalan Menteri telah berkesempatan merasmikan Portal ePENA@UPSI dan U-Media@UPSI sebagai tanda sokongan yang mampu memberi impak terhadap pembangunan universiti terutama dalam memanfaatkan media dalam menyalurkan informasi.YB Timbalan Menteri turut diberi penerangan dan taklimat ringkas mengenai universiti dan perkembangan terkini aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan khususnya dari segi kesediaan UPSI menerima kemasukkan pelajar.Selepas itu, YB Timbalan Menteri melawat UPSI Sport City (Arena UPSI, Stadium dan Marina), Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (Bilik Simulasi Saham & Smart Calssroom) serta Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC).Turut hadir YBhg. Dato’ Shaharuddin Abi Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KPT dan YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5822
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.