Lawatan Rasmi YBTM ke Universiti Teknologi MARA (UiTM)

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini.

Kunjungan YB Timbalan Menteri disambut oleh Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd. Janor, Naib Canselor UiTM serta pihak pengurusan tertinggi universiti.

Dalam sesi ini, YB Timbalan Menteri telah diberi penerangan dan taklimat ringkas berkenaan pengoperasian UiTM serta mengenai perkembangan kesiapsiagaan untuk menerima kemasukan pelajar pada Oktober ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9176