Lawatan TKSU(PP) Ke UMK Kampus Bachok, Kelantan

Lawatan TKSU(PP) Ke UMK Kampus Bachok, Kelantan

Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pengurusan dan Pembangunan (PP) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md. Amir telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok bagi memantau pelaksanaan projek pembangunan di sini pagi tadi.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan sesi lawatan ini turut dihadiri bersama oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan KPT, Tuan haji Ghazali Hizam; Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Dato’ Ir. Dr. Balamurugan a/l A. Gopal dan wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.

Antara projek pembinaan yang dilawati adalah projek Pembinaan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar, Projek Pembinaan Kolej Kediaman, Projek Pembinaan Kompleks Fakulti Keusahawanan serta Projek Pembinaan Jalan dan Infrastruktur UMK Kampus Bachok.

Dalam pada itu, YBhg. Datuk TKSU(PP) turut mendengar pembentangan daripada pihak JKR serta kontraktor dan membincangkan isu serta permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan projek tersebut.

Selain itu, beliau turut meninjau keadaan Kolej Kediaman IBS UMK Bachok yang didiami oleh pelajar serta padang kawad UMK yang digunakan untuk aktiviti pentauliahan.

Dalam siri lawatannya, beliau berharap agar kontraktor projek yang sedang mengalami kelewatan mengambil langkah proaktif bagi memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya memberi manfaat sepenuhnya kepada UMK. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 135
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Mac 2025, 04:31:56.

logo-sirim