Lawatan YBM ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan lawatan ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor.

Lawatan diadakan bertujuan untuk meninjau persiapan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) UTHM sempena kemasukan semula pelajar secara berperingkat ke kampus, bermula hari ini.

Secara keseluruhan, kedua-dua kampus UTHM di Pagoh dan Parit Raja dijangka menerima kemasukan semula kira-kira 7,534 orang pelajar secara berperingkat mulai hari ini sehingga 20 Oktober 2021.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5893
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.