Lebih 8000 Permohonan Peranti Siswa Oleh Pelajar IPT Di Johor Telah Diluluskan

Lebih 8000 Permohonan Peranti Siswa Oleh Pelajar Ipt Di Johor Telah Diluluskan

Sempena lawatan beliau ke UTHM, YB Menteri turut menyempurnakan penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada 50 orang pelajar yang mewakili 375 pelajar lain di Parlimen Parit Sulong.

Dalam ucapannya beliau berkata, seramai 474,311 mahasiswa dari seluruh negara telah memohon kemudahan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa kedua yang telahpun ditutup pada 30 September lalu.

Tambahnya lagi, 376,180 merupakan permohonan daripada pelajar IPT, iaitu 58 peratus pelajar Universiti Awam, 28 peratus pelajar IPTS, 12 peratus pelajar Politeknik, dan dua (2) peratus Kolej Komuniti.

“Daripada jumlah ini, seramai 8,322 permohonan pelajar IPT di Negeri Johor telah diluluskan dan terdapat 29,103 permohonan lagi yang sedang diproses secara berperingkat dan pihak Kementerian menyasarkan pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini akan selesai dalam tempoh dua bulan,” katanya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5435
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.