Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad Dilantik Naib Canselor UPNM Ke-8

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan watikah pelantikan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-8 kepada Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad yang berkuatkuasa mulai 30 Januari 2025.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2012, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi sebelum ini merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak tahun 2022.
Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota serta Panglima Markas 2 Divisyen Pulau Pinang, selain pernah dilantik sebagai penasihat ketenteraan kepada mantan Menteri Pertahanan dari tahun 2014 hingga 2018.
Dengan pengalaman dan reputasi kepimpinan yang dimiliki, Kementerian yakin beliau berupaya meneraju dan memperkasa tadbir urus UPNM terutama dalam mengukuhkan pentadbiran organisasi, pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan sains dan teknologi pertahanan bagi melahirkan bakat terbaik negara khususnya dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara.
Pada masa yang sama, YB Menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad atas jasa bakti beliau menerajui UPNM sebelum ini.
Hadir sama dalam sesi ringkas semalam Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YB Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 128