Majlis Anugerah Sukan Kolej Komuniti Malaysia tahun 2020/2021

Malam ini saya berpeluang bersama warga Kolej Komuniti Malaysia dalam Majlis Anugerah Sukan Kolej Komuniti Malaysia tahun 2020/2021

Saya berpendapat bagi memupuk kecemerlangan dan membina motivasi yang tinggi dikalangan pelajar, Majlis Anugerah Sukan Kolej Komuniti ini sangat bertepatan dengan objektif penganjurannya.

Pengiktirafan sebegini bukan sahaja mampu menjadi dorongan kepada para atlet, malah turut memberi motivasi positif kepada seluruh warga Kolej Komuniti.

Bagi pihak kerajaan dan kementerian, kami akan terus memberikan sokongan dan sentiasa prihatin dengan menjaga kebajikan atlet IPT serta sentiasa komited untuk bersama-sama memajukan pembangunan sukan di peringkat IPT khususnya. Syabas dan selamat maju kepada semua para atlet, semoga lebih ramai atlet dapat dilahirkan seiring menjulang nama negara ke peringkat antarabangsa.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6726
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.