Majlis Iftar Perdana USM Rai Mahasiswa Asnaf

Majlis Iftar Perdana USM Rai Mahasiswa Asnaf

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah meraikan kehadiran TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Majlis Iftar Perdana anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) petang tadi.

Di majlis tersebut, TYT Yang Di-Pertua telah berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan sebanyak RM10 ribu melalui Yayasan Amal TYT kepada mereka yang memerlukan.

Beberapa penyerahan zakat korporat untuk dimanfaatkan oleh para pelajar asnaf turut disampaikan, antaranya dari Kuwait Finance House yang berjumlah RM 175 ribu; USAINS USM dengan nilai RM23,100; Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC) USM bernilai RM22,835.30; dan dari Pusat Islam USM sendiri bernilai RM9,150.

Selain itu, TYT turut menyampaikan bantuan kit "Ready to Eat" sumbangan Pusat Islam USM dan Tabung Haji yang bernilai RM 175 ribu; serta saguhati Aidilfitri secara one-off di bawah Inisiatif Kampus Sejahtera USM bernilai RM21,350.

Para hadirin seterusnya telah mendengar sesi tazkirah sebelum mendirikan solat fardu Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih berjemaah.

Hadir sama YBhg. Datuk Dr. Awang Adek Hussain, Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman, Naib Canselor USM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1815
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.