Majlis Pelancaran Buku Terbitan UKM dan JPA di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri majlis pelancaran buku terbitan UKM dan JPA yang berjudul Koleksi Teks Ucapan dan Coffee Table KPPA yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi tadi.

Buku tersebut merupakan koleksi teks ucapan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Selain itu, Baginda telah turut berkenan untuk mengurniakan Anugerah Tokoh Alumni Tersohor UKM kepada KPPA sebagai seorang alumni UKM yang telah memberikan banyak sumbangan dan jasa dalam bidang perkhidmatan awam.

Seterusnya, Tan Sri KPPA turut berkongsi pelbagai perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan dan juga pandangan beliau dalam satu sesi town hall bersama warga UA dan para pelajar tajaan JPA.

Turut hadir dalam majlis pelancaran buku tersebut ialah YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, merangkap Presiden, Majlis Alumni UKM, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5633
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.