Majlis Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi – Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP)

28 September 2020, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini hadir ke Majlis Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi – Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP) yang diadakan di Dewan Canselori Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). PENJANA KPT-CAP diperkenalkan susulan daripada pengumuman Kerajaan Malaysia memperkenalkan PENJANA yang bertemakan “Bersama Menjana Ekonomi” untuk memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi negara bagi menangani penularan pandemik COVID-19. Pelaksanaan PENJANA KPT-CAP ini akan mampu meningkatkan kemahiran para graduan dalam pelbagai bidang terutamanya kemahiran insaniah atau soft skills yang ternyata amat penting sekali dalam dunia pekerjaan. Pemain industri yang turut serta dalam program ini adalah Top Glove Corp Bhd, Western Digital Malaysia, Huawei Technology (Malaysia) Sdn Bhd, TVET Sarawak Sdn Bhd, PKT Logistics Group Sdn Bhd, OMAHAMS Corp Sdn Bhd, Khaulah Advisory Sdn Bhd, Appstremely Sdn Bhd, Asia Drone IOT Texhnology Sdn Bhd dan Hong Leong MSIG Takaful Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Dato Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6804
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.