Majlis Pelancaran Program “Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat

20 Februari 2022

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program “Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Negeri Johor.

Antara pengisian program ini ialah pameran produk sulaman dan kraftangan serta sesi perkongsian ilmu berkenaan dengan keusahawanan yang menyentuh topik-topik berkaitan pemasaran digital, pengurusan kewangan dan pembinaan jenama.

Melalui program-program seperti ini, KPT memberi galakan kepada para akademia mendekati masyarakat untuk membantu mereka menghasilkan inovasi yang boleh meningkatkan produktiviti sekaligus dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Diharapkan ia dapat menjadi pencetus semangat kepada usahawan-usahawan wanita untuk terus memberikan sumbangan dalam peningkatan sosioekonomi masyarakat.

Hadir sama YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMK, dan YBhg. Datin Narimah Haji Ahmad, Pengerusi WI Negeri Johor.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7786
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.