Majlis Pelancaran Program Student Sosial Consultant and Volunteer (SOLVER) & Majlis Menandatangani MOA bersama Yayasan TRC (YTRC), Lawatan Kerja YBTM di UTHM

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Student Sosial Consultant and Volunteer (SOLVER) & Majlis Menandatangani MOA bersama Yayasan TRC (YTRC) sempena Lawatan Kerja ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini.

Program Sukarelawan dan Perunding Sosial Pelajar atau SOLVER merupakan program untuk membangunkan pelajar yang mempunyai kesedaran dan keprihatinan tinggi dalam aktiviti khidmat masyarakat.

YB Timbalan Menteri juga telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Of Agreement (MOA) di antara UTHM dan Yayasan TRC. Melalui MOA ini, YTRC memberi penajaan biasiswa kepada pelajar yang terpilih dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 312,000.

Pelajar-pelajar yang terpilih juga akan terlibat di dalam program khidmat sosial berimpak tinggi anjuran bersama pihak Yayasan TRC dan UTHM.

Turut hadir YBrs. Tn. Hj. Kamaruzaman Mahmood, Setiausaha Bahagian Kewangan, KPT, YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5725
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.