Majlis Pelancaran Sinergi Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Sinergi Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) yang diadakan di Dewan Za’aba, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). SULAM merupakan inisiatif KPT yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti dalam memberikan ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan komuniti dan menjalinkan kerjasama strategik dengan industri serta agensi kerajaan.

Antara tiga inisiatif utama SULAM adalah pertama, penubuhan SULAM-Net, iaitu sebuah jaringan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), industri, agensi kerajaan dan komuniti dalam memperkasakan pelaksanaan SULAM di peringkat nasional. Kedua, penganjuran “e-SULAM Ideation, Invention and Innovation Challenge” atau juga dikenali sebagai “e-SULAM INNOVATE” merupakan satu pertandingan bagi mencabar inovasi para pelajar dalam pelaksanaan SULAM di IPT. Manakala ketiga, pembangunan Portal SULAM yang bakal memudahkan orang awam termasuklah industri dan agensi untuk mengetahui dan menyertai kolaborasi SULAM bersama kementerian.

Pendekatan SULAM ini diharap menjadi pemangkin dalam usaha menjadikan mahasiswa universiti lebih peka dan peduli terhadap isu masyarakat. Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor Naib Canselor Universiti Malaya dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6808
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.