Majlis Penghargaan kepada Ketua Setiausaha KPT di Putrajaya

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah berkesempatan bersama-sama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu majlis penghargaan kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT di Putrajaya semalam.

YBhg. Datuk Seri Dr. KSU telah mula berkhidmat di KPT pada 24 Mac 2020 dan bersara mulai hari ini.

Dalam ucapannya, YB Menteri telah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Dr. KSU atas jasa dan bakti yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di KPT bagi pihak Kementerian dan sekaligus Kerajaan.

Seluruh warga KPT mengucapkan Selamat Bersara YBhg. Datuk Seri Dr. KSU.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5773
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 17 April 2024, 19:21:18.