KPT - Majlis Penyerahan Hospital Universiti Teknologi MARA (HUiTM) Puncak Alam, Selangor

Majlis Penyerahan Hospital Universiti Teknologi MARA (HUiTM) Puncak Alam, Selangor

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Hospital Universiti Teknologi MARA (HUiTM) Puncak Alam, Selangor.

Majlis yang turut dihadiri oleh YB Dato Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian ini juga telah menyaksikan penyerahan simbolik mock kunci HUiTM daripada pihak syarikat konsesi TRIplc Medical Sdn. Bhd. kepada KPT dan UiTM.

HUiTM yang mula dibina pada tahun 2017 dan bakal memulakan operasi secara berperingkat mulai April 2021 dilengkapi dengan kapasiti 400 buah katil, 98 klinik pakar, 17 dewan bedah, 17 wad dan 16 kerusi dialisis. Hospital ini juga menempatkan bangunan akademik dan perubatan untuk kapasiti 750 orang pelajar.

Majlis ini turut dihadiri Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, UiTM, Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif TRIplc Berhad dan Prof. Ts Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UiTM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1845
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Rabu 01 Disember 2021, 16:53:32.