Majlis Perasmian Kit Pintar NFT di Politeknik Nilai

YB Dato’ Dr. Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kit Pintar NFT di Politeknik Nilai hari ini.

Nutrient Film Technique (NFT) merupakan salah satu cara dalam sistem tanaman Hidroponik. Konsep asas teknologi NFT ini adalah suatu kaedah dimana tanaman yang mempunyai akar tanaman tumbuh pada lapisan air baja yang tipis (dangkal) dan sentiasa mengalir sehingga tanaman dapat memperolehi cukup air, baja tanaman dan oksigen.

YB Timbalan Menteri turut di bawa melawat ke Laman Penyelidikan Teknologi NFT dan pameran keusahawanan dan inivasi daripada para pelajar.

Turut hadir sama ialah YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5883
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 17 April 2024, 19:21:18.