Majlis Perasmian Program UPSI Smart Home Schooling Mesra dan Penyampaian Sumbangan Komputer Riba kepada pelajar B40 UPSI di Batu Pahat, Johor.

Majlis Perasmian Program UPSI Smart Home Schooling Mesra dan Penyampaian Sumbangan Komputer Riba kepada pelajar B40 UPSI di Batu Pahat, Johor.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program UPSI Smart Home Schooling Mesra dan Penyampaian Sumbangan Komputer Riba kepada pelajar B40 UPSI di Batu Pahat, Johor. Ia merupakan sebahagian daripada Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor yang dilaksanakan oleh KPT.

Program UPSI Smart Home Schooling Mesra ini dilaksanakan melalui aktiviti tuisyen mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris kepada lebih 750 orang calon-calon SPM dari 6 buah sekolah di sekitar Parlimen Parit Sulong.

Selain itu, sumbangan komputer riba oleh pihak UPSI ini akan menjadi medium terbaik dalam membentuk sikap prihatin dalam melahirkan insan dan individu yang sentiasa peka dan berusaha untuk membantu pencapaian pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Amin Bin Md. Taff, Naib Canselor UPSI.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8538
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.