Majlis Perasmian Program “We Care for 4 U 3.0” anjuran Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (KOOPNITA)

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyempurnakan majlis perasmian program “We Care for 4 U 3.0” anjuran Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (KOOPNITA) bersama Berjaya Cares Foundation di Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar-pelajar IPT, khususnya dalam mendepani cabaran pandemik melalui sumbangan beberapa barangan keperluan asas.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Timbalan Menteri berharap usaha seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam mengharungi cabaran-cabaran yang wujud berikutan pandemik Covid-19.

Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan berupa pakaian, cermin mata dan pek makanan kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Komuniti, UIAM selaku wakil IPTA dan juga kepada wakil-wakil pelajar IPTA yang berkenaan.

Yang hadir ialah YBhg. Datuk Seri Zurainah Musa, Pengerusi KOOPNITA, En Abdul Jalil Abdul Rasheed, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad dan wakil-wakil pelajar IPTA daripada UIAM, UPM, UKM, UiTM dan Institut Profesional Baitulmal.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4813