Majlis PraPelancaran PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Majlis PraPelancaran PerantiSiswa Keluarga Malaysia

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah bersama-sama YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyempurnakan Majlis Prapelancaran Program dan Logo PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Cyberjaya pagi tadi.

Inisiatif yang telah diumumkan pada Belanjawan 2022 lalu adalah hasil kerjasama antara K-KOMM, MOF dan KPT dalam merealisasikan hasrat Kerajaan memastikan semua Keluarga Malaysia terutamanya pelajar IPT memiliki peranti bagi tujuan pengajian.

Dijangka seramai 350,000 orang pelajar IPT akan menerima agihan peranti berupa tablet yang sepadan bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka secara hibrid.

Pendaftaran bagi permohonan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh dibuat mulai 15 April 2022 melalui laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek, KSU K-KOMM, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, dan YBrs. Ts. Zainab Ahmad, KP JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8807
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.