Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih telah diadakan bagi megenang persaraan empat pegawai dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi KPT.
Majlis tersebut turut dihadiri YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT serta Anggota Pengurusan Tertinggi KPT.
Ts. Zainab Ahmad yang merupakan wanita pertama menjawat jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan bersara pada 20 Oktober ini. Sepanjang 37 tahun perkhidmatan, banyak sejarah telah dicipta termasuklah penubuhan Majlis TVET Negara.
Turut diraikan Profesor Ir. Dr. Robiah Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan). Banyak yang telah disumbangkan dalam pembangunan pendidikan tinggi negara. Jurutera Profesional ini juga pernah dilantik sebagai Felo Institusi Jurutera Kimia, United Kingdom.
Selain daripada itu, majlis turut meraikan dua orang mantan Timbalan Ketua Pengarah JPPKK iaitu Ts. Mohamad Amin Hamat dan Dr. Zubaidah Aman yang telah mula bersara lebih awal.
Sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh insan-insan ini begitu bermakna kepada dunia pendidikan tinggi negara. Seluruh warga KPT ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka. Mudah-mudahan kenangan berkhidmat di KPT kekal menjadi memori yang terindah.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4688
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.