Majlis Simbolik Penerimaan Pelajar Program Profesional Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Dana Skim Pinjaman TVET (PEKERJA) yang disempurnakan oleh TKSU (D) KPT

Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT telah menyempurnakan Majlis Simbolik Penerimaan Pelajar Program Profesional Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Dana Skim Pinjaman TVET (PEKERJA) bertempat di The Everly Hotel pagi tadi.

Program profesional tersebut telah menjadikan UniMAP sebagai penyedia latihan yang diiktiraf oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),Kementerian Sumber Manusia untuk menerima Dana Skim Pinjaman TVET (PEKERJA).

Dana tersebut dapat membantu UniMAP menawarkan tempat kepada 9,000 calon dari pelbagai tahap pengajian meliputi Diploma, Bacelor dan Master dalam bidang TVET Pembinaan, untuk tempoh lima tahun bagi mengikuti program upskilling

Beliau telah turut menyempurnakan upacara simbolik majlis dengan menyerahkan surat tawaran kepada para pelajar sulung program profesional UniMAP.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Raja Dato' Azwane Raja Ariff, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Bin Sauli, Naib Canselor UniMAP, dan Mohd. Fathullah Mustafa, Ketua Eksekutif PTPK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6002
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.