Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2021 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor telah mengiringi YAB Dato'Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ke Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2021 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), malam semalam.

PABM 2021 merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan untuk kali ini Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjadi tuan rumah kepada acara yang bermula dari 23 – 28 November 2021.

PABM merupakan satu-satunya pertandingan pidato Bahasa Melayu peringkat antarabangsa yang diadakan di dunia bertujan untuk memartabatkan citra dan kedaulatan Bahasa Melayu di persada dunia.

Bagi tahun ini, ia telah mengumpulkan 78 peserta dari 36 buah negara melalui tiga kategori dipertandingkan iaitu Pelajar Antarabangsa, Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa yang telah menetap di Malaysia dan pada malam kemuncak, seramai 9 finalis telah berentap melalui kategori masing-masing iaitu 3 finalis bagi setiap kategori.

Bagi kategori Alam Melayu telah dimenangi oleh Siti Nur Shafika Md Fakharuzi dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) manakala juara kategori pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Aminata Koutoub Sano dari Guinea sementara Nargiza Ortikova dari Uzbekistan dinobatkan pemenang bagi kategori Antarabangsa.

Turut hadir Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Prof. Dato'Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM dan Tan Sri Azman Haji Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6536
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:44:07.