Malaysia-Singapura Meterai Memorandum Persefahaman (MOU) Bagi Pertingkat Bidang Pendidikan Tinggi Kedua-Dua Negara
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan Republik Singapura, Tuan Chan Chun Sing telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh serta memperluas kerjasama sektor pendidikan tinggi kedua-dua negara.
Pertukaran MoU tersebut telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Lawrence Wong, Perdana Menteri Republik Singapura bersempena dengan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura (Annual Leaders’ Retreat - ALR) Ke-11.
MoU adalah signifikan sebagai platform bagi kedua-dua kerajaan memulakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (Joint Working Group-JWG) dalam membincangkan hala tuju kerjasama program pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.
MoU tersebut merangkumi pelbagai aspek kerjasama, antaranya bidang TVET, penyelidikan, teknologi pendidikan baharu dan program latihan untuk kakitangan akademik serta pentadbiran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf.
Kerjasama pelbagai serampang yang berterusan antara kedua-dua buah negara termasuk aspek pendidikan tinggi akan memberi prospek pertumbuhan ekonomi dan pelaburan berkualiti kepada rantau ini secara keseluruhan.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 145