Malaysia-Singapura Perkukuh Kerjasama Dalam Bidang Pengajian Tinggi

Malaysia-Singapura Perkukuh Kerjasama Dalam Bidang Pengajian Tinggi

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menerima kunjungan hormat Mr. Chan Chun Sing, Menteri Pendidikan Singapura di sini.

Dalam pertemuan itu, pelbagai bentuk kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi telah dibincangkan khususnya mengenai penerokaan peluang pendidikan yang terbuka luas di antara kedua-dua negara yang meliputi bidang penyelidikan, mobiliti pelajar, pemerkasaan TVET dan pembelajaran sepanjang hayat (PSH).

Dalam hal ini, YB Menteri berkata hubungan erat yang sudah terbentuk antara kedua-dua negara jiran ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan kerjasama akrab dalam sektor pendidikan penting bagi memangkin pembangunan negara.

Hadir sama Dato Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar), Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3081
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.