Kunjungan Hormat daripada Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Universiti Malaysia

YBhg. Datuk Seri Abdul Razak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Universiti Malaysia, Prof. Simon Leunig.

Antara perkara yang dibincangkan semasa sesi ini ialah pengenalan dan hala tuju Curtin Universiti Malaysia kepada KPT.

Turut hadir bersama–sama ke sesi kunjungan hormat tersebut ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; dan YBrs. Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5270
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.