Menteri Pendidikan Tinggi Hadir Mesyuarat Pertama Majlis Biodiversiti Negara

Menteri Pendidikan Tinggi Hadir Mesyuarat Pertama Majlis Biodiversiti Negara

Majlis Biodiversiti Negara (MBN) merupakan platform utama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membincangkan hala tuju dan strategi biodiversiti negara di peringkat kebangsaan.

Sehubungan itu, mesyuarat pertama bagi majlis ini telah diadakan pada pagi ini yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi.

Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri serta merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi di Bilik Mesyuarat Utama, Parlimen Malaysia.

Turut hadir ialah 6 orang YB Menteri termasuk YB Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalan Menteri Persekutuan serta YAB Menteri Besar Perak, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak; dan 8 orang Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Semenanjung Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1888
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.