Mesyuarat Secara Atas Talian Dengan Naib Canselor-Naib Canselor serta Rektor- Rektor Universiti Awam (UA)

10 November 2020, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan mesyuarat secara atas talian dengan Naib Canselor-Naib Canselor serta Rektor-rektor Universiti Awam (UA).
Semasa sesi tersebut, pelbagai isu telah dibangkitkan termasuklah mengenai pengurusan operasi UA semasa PKPB; kesan perubahan peperiksaan SPM/SVM/STAM/STPM terhadap kemasukan pelajar baharu tahun 2021 ke UA, kemasukan pelajar secara fizikal ke UA, pelajar-pelajar berkeperluan yang perlu kembali ke kampus, dan bantuan kepada pelajar.
Kementerian juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha mencari solusi terbaik isu-isu berbangkit.
Keputusan berkaitan perkara ini haruslah berlandaskan kepada aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan semua pelajar, ahli akademik, staf universiti serta keseluruhan warga pengajian tinggi.
Turut serta YB Dato Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT dan Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7906
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:05:11.