Misi Bantuan Banjir oleh sukarelawan Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pejabat Penghulu Muallim, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI, Majlis Pengetua Kolej Kediaman UPSI

Seramai lebih 234 sukarelawan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai misi Bantuan Banjir dengan kerjasama Pejabat Penghulu Muallim, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI, Majlis Pengetua Kolej Kediaman UPSI. Di Kota Tinggi, ResQ Team Siswa UPSI dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Johor, UCTC UPSI, Majlis Anak Johor (M@jor) UPSI. Operasi pertama bermula pada 5 hingga 7 Januari 2021 melibatkan kawasan Slim River (Kg. Balun dan Kg Lintang Piong) manakala operasi seterusnya dijalankan pada 8 hingga 10 Januari 2021 di kawasan Kota Tinggi, Johor. Bantuan memfokuskan kepada pembersihan masjid, dewan orang ramai, sekolah dan kediaman penduduk serta pengagihan barangan berupa makanan seperti beras, tepung, gula, makanan segera dalam tin, barang keperluan harian seperti sejadah, pakaian dan air mineral.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5096
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.