Misi Kemanusiaan Pasca Banjir ke Mentakab, Pahang

27 Disember 2021

Pada pagi ini, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah ke Mentakab, Pahang untuk menyertai para sukarelawan IPT meneruskan misi kemanusiaan pasca banjir.

YB Datuk Seri Dr. Noraini bersama para sukarelawan pelajar dan kakitangan UMP, UniMAP, UTHM, UKM, dan UiTM bergotong-royong membersihkan kediaman seorang pelajar UMP di Taman Mentakab Indah serta rumah-rumah lain di kejiranan yang sama.

Selain itu, para sukarelawan turut melakukan kunjungan bagi menyerahkan sumbangan bakul makanan dan keperluan asas kepada semua mangsa yang terlibat.

Di kesempatan itu, YB Datuk Seri Dr. Noraini turut meninjau pasukan sukarelawan IPT di beberapa kawasan lain di sekitar Mentakab yang sedang bekerjasama meringankan bebanan para mangsa bencana banjir tempohari.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4004
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.