Misi Kemanusiaan Pasca Banjir KPT ke Bera, Pahang

27 Disember 2021

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada petang tadi telah meneruskan misi kemanusiaan pasca banjir KPT ke Bera, Pahang.

Beliau bersama lebih 60 orang sukarelawan pelajar UniMAP telah menyantuni penduduk di Taman Kerayong Indah, Bera dengan membantu membersihkan kediaman serta menyerahkan sumbangan bakul makanan dan keperluan asas kepada mangsa yang terlibat dengan tragedi banjir minggu lalu.

Turut menyertai misi di Bera ialah Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, serta Prof. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5452
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.