Misi "Thinking Athlete" Bentuk Profesionalisme Atlet IPT

Misi "Thinking Athlete" Bentuk Profesionalisme Atlet IPT

Pendapat yang mengatakan menara gading bukanlah tempat untuk para atlet sudah boleh disangkal apabila statistik terkini menunjukkan bilangan mereka yang mewakili negara adalah lebih besar berbanding atlet sepenuh masa.

Melalui misi "Thinking Athlete", Kementerian mensasarkan para atlet IPT bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi dan pencapaian sukan negara, malah dapat membentuk sikap profesionalisme yang boleh dicontohi semua.

YB. Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Sukan UiTM 2022 di sini malam tadi.

Beliau yang telah diwakili oleh YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT turut merakamkan rasa kagum kepada para atlet IPT yang mampu membahagikan komitmen mereka antara menghadiri kelas, latihan sukan dan juga menyertai pertandingan.

Selain itu, usaha yang digembleng UiTM dalam menjalinkan kolaborasi dengan agensi-agensi luar demi menjayakan program pembangunan sukan mereka turut dipuji dengan hasilnya ramai warganya telah mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

Hadir sama YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM dan YBhg. Dato’ Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2502
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.