MSLS XVI 2022 Beri Ruang Wacana Intelektual Kepada Generasi Anak Muda

MSLS XVI 2022 Beri Ruang Wacana Intelektual Kepada Generasi Anak Muda

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan majlis penutup Malaysian Student Leaders’ Summit (MSLS) XVI 2022 yang dianjurkan oleh United Kingdom and Eire (Ireland) Council for Malaysian Students (UKEC).
Persidangan tahunan kali ke-16 ini berjaya menarik penyertaan lebih 700 orang pemimpin siswa dari dalam dan luar negara.
Bertemakan “Nusa Anak Muda: Sirens of Change”, MSLS XVI 2022 diadakan sebagai platform wacana intelektual kepada pemimpin masa depan dan bertujuan untuk membuka potensi generasi anak muda untuk mengubah dunia.
Selain YB Menteri, program ini turut dihadiri oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, serta tokoh-tokoh pemimpin muda seperti YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, Timbalan Menteri Perpaduan, YB Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Saudara Shahril Hamdan, Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2302
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.