Pelantikan UCSI Sebagai Rakan Master Chef Australia, Perkukuh Institusi Pendidikan Kulinari Tempatan Di Pentas Globa

Pelantikan UCSI Sebagai Rakan Master Chef Australia, Perkukuh Institusi Pendidikan Kulinari Tempatan Di Pentas Globa

UCSI University (UCSI) mencipta sejarah baharu apabila dilantik sebagai rakan akademik tunggal untuk Persatuan Master Chef Dunia Australia.

Pengiktirafan ini memperkukuh kedudukan UCSI sebagai institusi pendidikan kulinari tempatan terunggul dalam bidang kulinari dan hospitaliti di peringkat antarabangsa.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts Mustapha Sakmud di Le Quadri Kuala Lumpur petang tadi.

Majlis telah turut diserikan dengan keberangkatan tiba YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Mukhriz, Pro-Canselor UCSI University.

Dalam ucapan beliau, YB Datuk Mustapha memuji UCSI kerana terus memenuhi dan melepasi piawaian kualiti antarabangsa dalam pendidikan kulinari dan hospitaliti.

Melalui pengiktirafan ini, graduan UCSI layak untuk menerima sijil tambahan daripada Persatuan Master Chef Dunia dan berpeluang menjadi ahli persatuan tersebut di Australia, sekali gus membuka peluang kerjaya di arena kulinari global.

UCSI University turut diiktiraf sebagai antara 1% universiti terbaik dunia berdasarkan kedudukannya di tangga ke-265 dalam QS World University Rankings 2025.

Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan UCSI juga tersenarai dalam 100 sekolah hotel terbaik dunia, dengan graduannya sering diambil bekerja oleh rangkaian hotel terkemuka di seluruh dunia.

Menurut YB Ts. Datuk Mustapha, sektor pelancongan Malaysia dijangka berkembang pesat pada tahun 2024, dengan lebih 7.56 juta pelancong asing direkodkan dalam tempoh empat bulan pertama, meningkat sebanyak 27.5% berbanding tahun lalu.

Ini menyumbang kepada RM22.23 bilion pendapatan negara, peningkatan 66% daripada tahun sebelumnya.

Beliau turut menekankan kepentingan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam menangani kekurangan tenaga profesional terlatih dalam industri hospitaliti dan pelancongan.

Dasar TVET Negara 2030 yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri serta meningkatkan kualiti institusi TVET.

Beliau telah menutup ucapannya dengan merakamkan sekalung tahniah kepada UCSI atas inisiatif yang berterusan dalam memajukan industri hospitaliti dan pelancongan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat global.

Hadir sama Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UCSI, Dato' Peter Ng; Naib Canselor UCSI University, Datuk Prof. Dr. Siti Hamisah Tapsir; serta Presiden Global, Persatuan Master Chefs Dunia, Prof. Gaven Ferguson. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1058
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 02:56:33.

logo-sirim