Pencapaian KPT 2024 : KPT Gariskan 24 Pencapaian Utama

Pencapaian KPT 2024 : KPT Gariskan 24 Pencapaian Utama

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menghadiri sesi temu bual di rancangan Selamat Pagi Malaysia dan slot Nasional FM bagi memberikan penjelasan berkenaan Kad Laporan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024 pagi ini.

KPT telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang strategik dan membanggakan selaras dengan komitmen untuk mengangkat martabat serta memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara sepanjang tahun 2024.

Dalam pada itu, YB Timbalan Menteri dalam sesi temu bual hari ini telah menjelaskan pencapaian dan inisiatif utama mengikut kepada lima (5) fokus utama sebagaimana digagaskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam ucapan Majlis Hala Tuju KPT pada Januari lalu.

Selain itu, YB Timbalan Menteri juga telah berkongsi berkenaan perancangan Kementerian pada tahun hadapan termasuk Kepengerusian ASEAN - Pendidikan Tinggi; Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025 - 2035; Festival Idea Putrajaya 2025 dan melaksanakan beberapa Joint Venture Committee Meeting dan Kerjasama Antarabangsa dengan negara-negara luar.

Akhir sekali, YB Timbalan Menteri dalam sesi tersebut berharap untuk melihat Malaysia menjadi pemacu utama pembangunan negara, melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global serta mencorak masa depan negara melalui inovasi, penyelidikan dan pembangunan bakat. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 343
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 06 Februari 2025, 10:09:29.

logo-sirim