Pengakreditan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memperakukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Universiti Awam pertama yang boleh melaksanakan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan Akademik (APEL.Q) untuk program Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri (FST) dan Sarjana Keselamatan Siber (FTSM).

Dalam satu majlis ringkas, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif MQA telah menyerahkan Sijil Akreditasi APEL UKM kepada YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi untuk diserahkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM di pejabatnya hari ini. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5975
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.