Pengerusi Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Caw. Kementerian Pengajian Tinggi berbesar hati meluangkan masa melakukan sesi kunjungan ke KPT

28 Januari 2022

Hari ini, YBhg. Datin Seri Arida Abdul Razak selaku Pengerusi Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Caw. Kementerian Pengajian Tinggi berbesar hati meluangkan masa melakukan sesi kunjungan ke KPT. Ketibaan YBhg. Datin Seri Arida disambut oleh setiap Pengerusi Biro PUSPANITA Caw. KPT.

Seterusnya beliau diiring ke Bilik Mesyuarat Utama Aras 17 untuk diberikan taklimat dan pelaporan aktiviti PUSPANITA Caw. KPT sepanjang tahun 2021 dan juga aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun 2022.

Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Suharni Bt Othman, Setiausaha PUSPANITA Caw. KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6284
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:23:36.