Pentauliahan Profesional Perkukuh Peranan POLYCC Melalui Pensyarah Pakar Yang Menjadi Rujukan Industri

Pentauliahan Profesional Perkukuh Peranan POLYCC Melalui Pensyarah Pakar Yang Menjadi Rujukan Industri

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) terus komited memastikan kecemerlangan organisasi dapat dikekalkan dengan memastikan warganya dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan baharu bersesuaian dengan keperluan tugas agar sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan kualiti program pengajian yang ditawarkan kekal berada di tahap yang tinggi.

Lantaran itu, JPPKK melalui Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK) telah melaksanakan Persidangan Alumni Pentauliahan Profesional bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) tahun 2024.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian siang tadi itu bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan PPPT ke tahap lebih tinggi seiring dengan keperluan semasa serta teknologi terkini.

Pelbagai usaha giat dijalankan mulai tahun 2022 sehingga kini melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan dan utama dalam pelaksanaan seperti Bahagian Biasiswa KPT, universiti-universiti awam, badan agensi pentauliah, badan profesional, persatuan dan ‘industry champion’.

Pasa masa sama, turut berlangsung sesi penyerahan sijil kepada sembilan (9) orang peserta elite@maybank dan 22 wakil alumni program pentauliahan professional mengikut bidang.

Hadir sama adalah Setiausaha Bahagian Bahagian Biasiswa KPT, Puan Marhanum M. Haniff; Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK, Ts. Abdul Razak Sabtu; Pengarah BKPK JPPKK, Ts. Zulkurnain Shahadan; dan Head, Group Resourcing Centre, Group Talent Readiness & Deployment, Maybank, Puan Lily Hasmiza Shuhaimi. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1638
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 10 Februari 2025, 08:49:13.

logo-sirim