Penyerahan biasiswa dan surat tawaran kepada pelajar cemerlang dalam bidang perubatan (MBBS) di Universiti MAHSA

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyerahkan biasiswa dan surat tawaran kepada empat orang pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang perubatan (MBBS) di Universiti MAHSA.

Pelajar-pelajar berkenaan ialah En. Muhamad Kamel Ramli, En. Muhamad Asri Mohamad Tahir, Cik Kritiga a/p Ravi dan Cik Yip Xin Jie.

Biasiswa yang ditawarkan oleh Universiti MAHSA itu akan membolehkan pelajar-pelajar tersebut untuk mengikuti kursus MBBS yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Yang hadir ialah YBrs. Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato’ Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa Haji Abdullah, Pengerusi Eksekutif Universiti MAHSA.

Tahniah diucapan kepada keempat-empat pelajar berkenaan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5219
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.