Penyerahan Perantisiswa Di UMT

Penyerahan Perantisiswa Di UMT

Sempena lawatan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT), beliau turut menyempurnakan penyerahan PerantiSiswa kepada 77 orang pelajar dari UMT, UiTM, politeknik dan kolej komuniti.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Seramai 65,898 mahasiswa dari seluruh negara memohon kemudahan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia fasa kedua dalam tempoh sebulan bermula 1 Ogos lalu.

Para pelajar yang layak digalakkan untuk mengemukakan permohonan sebelum 30 September ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2719
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.