Penyertaan KPT Di EWF 2023 Bukti Kesediaan Malaysia Bekerjasama Mantapkan Sistem Pendidikan Tinggi Sejagat

Penyertaan KPT Di EWF 2023 Bukti Kesediaan Malaysia Bekerjasama Mantapkan Sistem Pendidikan Tinggi Sejagat

Semalam telah berakhirnya forum pembangunan pendidikan global iaitu Education World Forum 2023 (EWF 2023) yang telah dianjurkan bermula 7 Mei lalu di London, United Kingdom (UK).Bertemakan "New Beginnings: Nurturing Learning Culture, Building Resilience, Promoting Sustainability", penganjuran forum kali ini berjaya mengumpulkan para menteri, penggubal polisi, tokoh dan pihak industri dalam bidang pendidikan dari seluruh pelusuk dunia, termasuklah dari Malaysia yang diwakili oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar.

Penyertaan KPT pada forum kali ini telah berjaya merintis dimensi baru mengenai kepentingan pembangunan pendidikan serta fokus yang perlu diberikan kepada beberapa pendekatan terkini dalam membuat perancangan dan mengemudi sistem pendidikan global.

Para delegasi yang hadir turut berkongsi amalan terbaik serta komitmen mereka dalam mengeratkan jalinan kerjasama serta meningkatkan pelaburan di peringkat antarabangsa seputar bidang pendidikan sejagat.

EWF 2023 turut disertai oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), YBhg. Dato' Prof. Dr. Md. Amin Md. Taff; serta Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), YBhg. Prof. Dr. Fadzli Adam.

Selesai forum, YBhg. Dato' Seri KSU KPT yang masih dalam rangka lawatan kerja ke UK akan meneruskan program lain melibatkan para pelajar Malaysia di situ sebelum ke Wales dan Jerman minggu hadapan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1837
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.