Perasmian Malam Kemuncak Kuala Lumpur Young Designer Award (KLYDA) 2021

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan malam kemuncak Kuala Lumpur Young Designer Award (KLYDA) 2021 bertempat di Dewan Za'ba KPT malam tadi.

Seramai 10 orang finalis terdiri daripada pelajar dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah berentap mempamerkan karya masing-masing di KLYDA 2021 dengan tema Kelestarian Fesyen (Sustainable Fashion) yang memaparkan rekaan dengan fabrik lestari yang berasaskan bahan kitar semula.

Mendapat kerjasama pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat dan Kuala Lumpur Young Designers Association (KLYDA), program yang berkonsepkan pertandingan rekaan fesyen ini terbuka kepada semua pelajar IPT di seluruh negara dan mula dilaksanakan sejak Jun 2021 yang lepas.

Penganjuran acara seperti KLYDA 2021 ini dilihat mampu memperkukuh jalinan kerjasama dan kolaborasi erat antara Kementerian, institusi pendidikan, rakan industri serta media.

Turut hadir ke majlis kemuncak tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, serta Prof. Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5181
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.