Perdana Menteri Luang Jumaat Di UiTM Kampus Dengkil

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, bersama kira-kira 4,000 orang pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dengkil telah menyambut ketibaan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kunjungan mesra ke kampus tersebut tengah hari tadi.
YAB Perdana Menteri telah meluangkan masa menikmati juadah ringkas tengah hari bersama para pelajar di Anjung Dengkil sebelum menunaikan solat fardu Jumaat di kampus tersebut.
YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas kesudian beliau meluangkan masa bertemu warga UiTM Kampus Dengkil.
Menurutnya, meskipun baru pulang dari misi lawatan kerja di luar negara, kehadiran YAB Perdana Menteri ke sini hari ini cukup membuktikan komitmen serta keprihatinan beliau terhadap golongan pelajar dan juga akademia di negara ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 105