Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan pelancaran Keluarga Malaysia@IPT yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan pelancaran Keluarga Malaysia@IPT yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengiringi YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan pelancaran Keluarga Malaysia@IPT yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris pagi tadi.

Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi tersebut telah diadakan untuk memaparkan pencapaian KPT dalam menyahut sasaran Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri melalui program Food@Campus Keluarga Malaysia, GetHired@KPT, RTK@Campus dan Vacc2Campus bermula dari 7 hingga 8 Disember 2021.

Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri telah menyerahkan baucar-baucar Food@Campus Keluarga Malaysia kepada wakil Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, serta menyaksikan penyerahan surat tawaran kerja yang disampaikan oleh para CEO syarikat kepada para graduan yang berjaya.

YB Datuk Seri Dr. Noraini seterusnya telah mengiringi YAB Dato' Sri Ismail Sabri melawat demonstrasi Vacc2Campus, tapak pameran Food@Campus Keluarga Malaysia serta mengunjungi sesi temuduga walk-in yang melibatkan 16 syarikat ternama dalam program GetHired@KPT.

Turut menghadiri majlis perasmian tersebut ialah YAB Dato' Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Senator Datuk Dr. Mah Hong Soon, Timbalan Menteri Pendidikan, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan&Pembangunan) KPT, serta Prof. Dato' Dr. Md. Amin Md. Taff, Naib Canselor UPSI.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6546
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.