Permukiman Jemaah Menteri, Rangka Strategi Dan Perhalusi Dasar Bagi Kepentingan Rakyat

Permukiman Jemaah Menteri, Rangka Strategi Dan Perhalusi Dasar Bagi Kepentingan Rakyat

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menghadiri Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Bangi, Selangor.

Permukiman ini bertujuan untuk merangka strategi berkesan, memperhalusi dasar-dasar, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan kelestarian negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ia juga menjadi platform bagi jemaah menteri untuk berkongsi idea, berbincang, berwacana bagi mencari solusi terbaik demi kepentingan rakyat dan kemajuan negara.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam amanatnya turut menekankan kepentingan untuk semua pihak bergerak pantas, responsif terhadap perubahan, terus mencari jalan terbaik untuk memajukan ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

KPT akan terus komited memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan produktif selain memacu dan memperkukuh sektor pendidikan tinggi negara. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 182
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Mac 2025, 04:31:56.

logo-sirim