PM Lancar Buku "Knowledge, Tradition And Civilization: Essays In Honour Of Professor Osman Bakar"

PM Lancar Buku "Knowledge, Tradition And Civilization: Essays In Honour Of Professor Osman Bakar"

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengiringi YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke majlis pelancaran buku "Knowledge, Tradition and Civilization: Essays in Honour of Professor Osman Bakar" bertempat di ISTAC UIAM pagi tadi.

Buku tersebut mengumpulkan himpunan esei pelbagai ilmuwan dan aktivitis tersohor termasuklah YAB Perdana Menteri yang membincangkan sumbangan dan pencapaian seumur hidup YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar kepada dunia intelektual Islam sehingga diiktiraf antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia.

Hadir sama YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Luar Negara, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, Presiden UIAM dan YBhg. Prof. Emeritus. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2073
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.