PM Lawat Reruai Karnival KPT Keluarga Malaysia

18 Februari 2022

Selesai YAB Perdana Menteri merasmikan Karnival KPT Keluarga Malaysia, beliau telah meluangkan masa untuk melawat reruai sambil diiringi oleh YB Menteri Pengajian Tinggi.

Sebanyak 27 pempamer yang terdiri daripada universiti-universiti awam serta agensi-agensi di bawah kementerian menyertai Karnival yang dianjurkan di Batu Pahat kali ini.

Selain itu, PERKESO turut menjayakan karnival ini dengan menyediakan perkhidmatan nasihat berkenaan kerjaya dan sesi temuduga terbuka kepada para belia yang hadir.

Dalam kesempatan itu, YAB Dato' Sri Ismail Sabri turut beramah mesra dengan para mahasiswa serta orang ramai yang hadir ke karnival tersebut.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9111
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.