PM Merasmikan Kolej Komuniti Satelit@Pontian

PM Merasmikan Kolej Komuniti Satelit@Pontian

YB Menteri Pengajian Tinggi telah mengiringi YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri yang turun ke Benut pagi tadi untuk menyempurnakan perasmian Kolej Komuniti Satelit@Pontian.

Hadir sama ke majlis tersebut YAB Datuk Seri Utama Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor merangkap ahli DUN Benut serta YBhg. Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Dilengkapi dengan perkakasan pembelajaran terkini dan tenaga pengajar mahir, KK Satelit tersebut bakal menawarkan pelbagai kursus seperti program perniagaan dan keusahawanan, komputer dan teknologi maklumat, jahitan dan pakaian, serta katering dan sajian yang dilaksanakan melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kendalian JPPKK.

Penubuhan Kolej Komuniti Satelit Pontian ini diharap dapat membantu masyarakat setempat untuk menimba ilmu dan kemahiran yang sesuai bagi meningkatkan taraf hidup mereka sejajar dengan hasrat Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 untuk memposisikan daerah tersebut sebagai "Southern Sanctuary".

Dengan kewujudan KK satelit tersebut, KPT mengharapkan hubungan baik dengan masyarakat Pontian akan terus kukuh bagi melahirkan para pelajar yang mahir serta berdaya saing yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi tempatan.

Turut hadir YBhg. Dato' Sri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiusaha KPT, Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan KSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah JPT, dan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8046
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.