PM Nikmati Menu Siswa Rahmah Dan Solat Jumaat Di UKM

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hari ini telah meluangkan masa menikmati Menu Siswa Rahmah yang diperkenalkan di IPT bagi meringankan beban mahasiswa.

Perdana Menteri dilihat mencuba beberapa menu yang disediakan di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.

Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif KPT dengan sajian pada harga serendah RM3.50, yang ditawarkan di 20 universiti awam (UA) dan politeknik di seluruh negara.

Selepas itu, beliau disertai YB Dato' Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Abd Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg Prof. Dato' Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor UKM serta tetamu-tetamu kehormat lain menunaikan solat jumaat di Masjid UKM bersama para jemaah.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1944
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.